Pentadbiran awam Mumbai

Mahkamah Tinggi Bombay mempunyai bidang kuasa di Maharashtra, Goa, Daman dan Diu, dan Dadra dan Nagar Haveli.

Mumbai, terbentang dari Colaba di selatan, hingga Mulund dan Dahisar di utara, dan Mankhurd di timur, ditadbir oleh Perbadanan Perbandaran Brihanmumbai (Brihanmumbai Municipal Corporation, BMC).[91] BMC bertanggungjawab atas keperluan awam dan prasarana metropolis ini.[130] Datuk Bandar biasanya dipilih di kalangan para anggota Majlis untuk penggal dua tahun setengah.

Pesuruhjaya Perbandaran merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dan ketua badan eksekutif Perbadanan Perbandaran. Segala kuasa eksekutif terletak pada Pesuruhjaya Perbandaran, seorang pegawai Perkhidmatan Pentadbiran India (Indian Administrative Service, IAS) yang dilantik oleh kerajaan negeri. Walaupun Perbadanan Perbandaran merupakan badan perundangan yang menetapkan dasar-dasar tadbir urus bandaraya, namun Pesuruhjayalah yang bertanggungjawab atas pelaksanaan dasar-dasar tersebut. Pesuruhjaya dilantik untuk satu penggal yang ditetapkan oleh statut negeri. Kuasa Pesuruhjaya ditentukan oleh statut dan juga ditugaskan oleh Perbadanan atau Jawatankuasa Tetap.[131]

Dua daerah hasil Mumbai berada dalam bidang kuasa Pengumpul Daerah[132] yang bertugas menjaga rekod hartanah dan pengumpulan hasil untuk Kerajaan Pusat, serta mengawal selia pilihan raya kebangsaan yang diadakan di bandaraya.[133]

Polis Mumbai diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Polis, seorang pegawai Perkhidmatan Polis India (Indian Police Service, IPS). Polis Mumbai terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri Maharashtra.[134] Bandaraya Mumbai terbahagi kepada tujuh zon polis dan 17 zon polis trafik,[89] setiap satunya diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya Polis.[135] Polis Trafik merupakan badan separa berautonomi di bawah Polis Mumbai. Jabatan Bomba Mumbai diketuai oleh Ketua Pegawai Bomba yang dibantu oleh empat orang Timbalan Ketua Pegawai Bomba dan enam Pegawai Divisi.[89]

Mumbai merupakan pusat Mahkamah Tinggi Bombay yang berbidang kuasa di neger-negeri Maharashtra dan Goa, serta Wilayah Kesatuan Daman dan Diu dan Dadra dan Nagar Haveli.[136] Mumbai juga ada dua mahkamah rendah, iaitu Mahkamah Perkara Kecil (Small Causes Court) untuk hal-hal sivil, dan Mahkamah Sesyen (Sessions Court) untuk kes jenayah.[137] Mumbai juga ada mahkamah TADA (Terrorist and Disruptive Activities) khas untuk sesiapa yang dituduh berkomplot dan bersubahat dalam pengganasan di bandaraya.[138]

Rujukan

WikiPedia: Mumbai http://164.100.24.208/ls/CommitteeR/Railways/21str... http://sndt.digitaluniversity.ac/Content.aspx?ID=7... http://www.smh.com.au/news/cricket/aussies-claim-e... http://www.theage.com.au/news/arts/beginners-bolly... http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601085&si... http://www.citymayors.com/government/india_governm... http://money.cnn.com/magazines/fortune/global500/2... http://www.diserio.com/gawc-world-cities.html http://www.dnaindia.com/mumbai/report_mumbai-s-slu... http://www.dnaindia.com/mumbai/report_relishing-a-...